Counting Stars


Disclaimer
Assalamualaikum


Hai! This is izz's territory. Thanks for visiting here. Have a nice day people ;)

Notes
Reminder muehehe~~

  • I hate liars
  • Universal listener to some extend
  • The only daughter of da family

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    “You've gotta dance like there's nobody watching, Love like you'll never be hurt, Sing like there's nobody listening, And live like it's heaven on earth.”
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Sweetheart
    Some memories never fade

  • Result UPU.
    Tuesday, July 31, 2012 | 0 Comments

    holla peeps.

    First of all..
    Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama An-Nafi' yang Maha Memberi Manfaat.

    Hari ini aku masih berdiri. Tegap masih mampu berkhidmat untuk keluarga, bangsa, agama dan negara. Kali kedua aku mohon UPU. Pertama kali waktu habis SPM.

    yeay, even though tak banyak A yang aku dapat mcm awak-awak dan awak. Aku dapat Asasi Sains Fizikal dekat Unimas. Masa dapat tau tu memang termempan jap. Check semula. Wait. Unimas? Sarawak? memang aku dah nekad nak fly. Memang dah lupakan terus tawaran Kolej Matrikulasi Melaka tu. Dalam hati terdetik jugak.. janganlah dapat maktab sebab aku tak pernah berminat nak jadi cikgu. Sebab parents dah kata, once you dpt maktab you must go!

    Tapikan bila tak dapat maktab rasa mcm sedih la sebab masa temuduga dulu aku buat betul-betul. Yang paling frust mestilah ayah. Well kebanyakan ayah akan suka anak dia jadi pendidik. Ye ke? Entahlah itu dari observation yang aku buat la... Umi pun agak sedih la jugak. Inche Haniff yang byk bagi sokongan tu pun sedih sebab dia suka je kalau aku dapat maktab.

    Oklah. Tutup cerita maktab. Arwah nenek pulak sampai nangis-nangis aku nak belajar dekat Sarawak. ye la nanti susah nak jumpa dia. Seboleh-boleh arwah suruh aku belajar dekat matrik sebab dekat. Pakcik dan makcik sebelah mak pun kata aku masih muda. Sebelah ayah pulak lain cerita. Diaorg yg excited bagai nak suruh aku sambung Unimas. Lagipun Pak Long orang kuat MAS. So kalau setakat nak arrange tiket pergi-balik memg tader hal la.

    Setelah penat berfikir dan berdoa aku mengalah. Aku decide to go for Matriks. Oklah senang cerita memg sangat Hell la nak struggle. Yela kena perform untuk 7 subjek.

    okay people. baca taipan aku betul-betul. 7 S-U-B-J-E-K.



    salah satu malam yg agak scary di blok b2. berseorangan buat paperwork biology. pteridophytes aka vascular  cryptogams.

    Bergantung pada modul yang korg ambil. Aku dulu modul 2 tapi memandgkan aku lebih mencintai biology aku tukar modul 3. So menghadapla Biology,Kimia,Sains Komputer,Maths, Agama, Ko-k dan Kemahiran Dinamika. Siapa yg kata matriks senang? Lu tak duduk tmpat gua lu jgn nak muntah. Ye la xyah la nak pndg rendah sgt budak matriks ni. Semua org usaha dan rezeki Allah yang bagi. Siapa kita nak menidakkan?

    Ok tamat kisah matriks. Well aku berjaya lepas pointer 3. Sekali lagi result aku boleh aku banggakan sendiri. Puas sendiri sebab aku dah usaha sungguh-sungguh dan itulah hasilnya. Itu rezeki yg Allah bagi setimpal dgn apa yg aku usahakan. Ye tak? Benda xkan dtg bergolek kalau kita sendiri tak usaha.. Dan terima kasih banyak pada yang setia jadi peneman, tempat aku meluah perasaan, yang mengajar dan yang setia memberi sokongan. banyak sangat nak aku taip nama. Anda tahu siapa anda. =)

    Cuak sebentar tunggu result UPU . Actually masa isi fasa pertama aku suka-suka je letak Pendidikan pilihan pertama sebab aku pernah janji dgn ayah. Aku akan mohon pendidikan sebab masa tu ayah sangat frust aku xdpt maktab. Aku fikir, ala temuduga punya course mesti susah nak dapat.

    First choice Biology. Second Choice Sains Pertanian.

    Aku tak sangka pulak dgn jayanya aku lepas exam Medsi. Dan tanpa kusangka dapat temuduga dekat UTHM untuk kedua-dua subjek.. Soalan temuduga macam biasa nak kata susah tak, senang pun tak. Tapi kalau kau salah jawab memg nampak mcm kau bodohla. Sebab soalan am yg ditanya pun simple xsusah mana. Ada la jugak benda merepek yg aku disuruh buat. Aku layankan aje. Aku selalu buat benda sebaik boleh walaupun aku tak harap sgt dpt benda tu. Sebab aku xnak menyesal di kemudian hari.

    Apapun aku bersyukur sebab aku antara yg terpilih dapat temuduga. ramai je member yg memg harap sgt nak dpt temuduga tapi tak kesampaian.

    Ok hari yg dinanti makin hampir. Aku memg sgt berharap yg aku akan dapat pilihan ke-3 aku iaitu Optometri-UITM or pilihan ke-4 aku Sains Biology-UMT. Tapi kalau dah rezeki aku dpt pilihan yg atas tu aku reda je.

    Waktu rehat dekat kilang yang aku bekerja tu, aku,myn,zaty and baby dah terjah laman sesawang nak cek result punya pasal. Alhamdulillah diaorg bertiga dapat apa yg diaorg nak. Memang dah nangis dan berpeluk sakan la masing-masing. Aku yang paling akhir cek. dan apa yg aku dapat....


    jeng jeng jeng....

    sila klik pd gambar kalau xnmpak. lol~

    okeyh serious aku leleh kot bila baca result tu.

    happy. sebab itu yang ayah dgn umi nak sangat.
    sedih. sebab aku nak sgt further dlm opto ataupun bidang yg ke arah laut.
    syukur. sebab aku dapat tempat di IPTA
    sayu. sebab dah nak sambung belajar dkt tempat baru.
    excited. sebab aku bakal jadi pendidik+peladang berjaya.
    relax. sebab dpt sains pertanian. biology tu bole buat minor.

    tapi kadang-kadang mcm kelakar sebab adik dapat sambung farmasi aku pulak dapat pendidikan. Padahal minat kitaorg dah bertukar dgn apa yg masing-masing belajar. takpelah at least my mom ada anak-anak yg kerja dlm bidang lain-lain. Si imran yang kecik tu umi cakap suruh dia jadi Ustaz je la. hahaha aku tau umi gurau je tu. Tapi kalau betul pun apa salahnya. kan?

    Oklah sekarang ni aku dah boleh terima dan bersyukur sangat dgn kursus yg aku dapat ni. Dengan rasminya aku akan jadi ahli Perssap dekat UPSI nanti. Sesiapa yang rindu aku sila datang ke Proton City. Olerikultur, Anatomy and Morphology, Aquaculture wait for me. Aku akan hadam korg sepanjang 4 tahun ni. Dan bumi Tanjung malim tu akan jadi mangsa aku. ahahaha~ yela dok sana aku pegang cangkul je wei. Sue me. balik melaka muka aku yg putih melepak ni sure gelap.

    okeh itu je kot.

    p/s: Jom ke ladang.

    Labels: , , ,