Counting Stars


Disclaimer
Assalamualaikum


Hai! This is izz's territory. Thanks for visiting here. Have a nice day people ;)

Notes
Reminder muehehe~~

  • I hate liars
  • Universal listener to some extend
  • The only daughter of da family

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    “You've gotta dance like there's nobody watching, Love like you'll never be hurt, Sing like there's nobody listening, And live like it's heaven on earth.”
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Sweetheart
    Some memories never fade

  • Intern Karte 1
    Monday, August 17, 2015 | 0 Comments

    Assalamualaikum.

    Haiiii peeps. Lama gila tak update. Bersawang tebal dah *uhuk hukkk* sampai terbatuk. Alhamdulillah dah masuk minggu 7 aku intern. Berbaki 9 minggu lagi. Setakat ni intern ok lahhh. 

    Result sem 6 pun dah selamat keluar. Dan seperti sem yg lepas lepas aku bersyukur dengan result exam. Walaupun penuh ranjau perjalanan sem 6 namun ku gagahkan jua untuk menempuhnya. Betul lah bak kata geng mantan ALK Kosiswa dulu, "Sem 6 kira sem maut. Sbb kau nak kena kejar esaimen, test, study, program yada yada dan jugak fyp 1". 


    Ok abaikan pipi pau aku tu ha. Dahla angle ntahapeapentah pakai tangkap muat je 

    Oklah berbalik pada intern. Setelah melamar beberapa belas sekolah akhirnya aku telah diterima untuk berpraktikal di SMK Dato' Sulaiman. Namun tawaran itu harus ditolak apabila diberi peluang berkhidmat di SMTM Bukit Piatu. Memandangkan sekolah teknik ni alma mater kepada my mum and dekat dengan rumah....so I decide utk choose this school.

    Sekolah Menengah Teknik Melaka ni menawarkan 5 jurusan. Sains Pertanian, Mekanikal, Perdagangan, Kejuruteraan Awam n lastly Elektrik dan Elektronik. Sekolah ni ada form 4, 5 and 6 je. Nama pun sekolah teknik. Haha kiranya aku mengajar bebudak besar jela. It's a good thing sbb aku payah sikit nak rapat dgn bebudak. Harap-harap dpt bakal suami yg penyayang dekat bebudak Aminnnn :)

    Hari pertama masuk sekolah punya lah nervous bak hang. Dahla aku ni pesen introvert tetiba kena tegur semua org. Kejap lg depa cakap kita sombong padahal kita pemalu. First day dapat relief class 5SP1. Pehhhh berdebar kot. Padahal relief je. Bila bebudak tanya soalan tergagap gagap gua jawab. Segan pastu awkward. Kahkah rasa nak gelak bila ingat balik.

    Bila dah dapat jadual cepat cepat check dapat mengajar kelas mana. 4SP1, 4SP2, 4E1 dengan 5E1. So, diberi peluang mengajar bebudak aliran sains pertanian dgn elektrik. Kelas pertama aku masuk mengajar 4E1. Sesi ice breaking. Nasib baik semua org terhibur. 4SP2 pun takde masalah. Student semua baik baik je. 

    Kelas 5E1 ni bila first time masuk rasa cam nak keluar balik. Sbb nervous punya pasal. Dahla form 5 lepas tu tgok muka memasing macam nakal. Takut cikgu kena buli kejap lagi. Pastu pandang kita mcm nak makan je.Masa tu ada perhimpunan.. lambat habis so ambil masa aku tinggal 15min gitu. Aku pun dgn poyonya suruh diaorg buat kerja masing2. Diaorg buat muka serius. Aku tangguh nak buat ice breaking sbb esok ada kelas dgn depa jugak. Dalam hati dok berdoa dapat jadi geng dgn diaorg pastu taknak dibuli sobsss.

    Esoknya aku masuk balik kelas 5E1. Buat sesi ice breaking. Sungguh la bak kata pepatah, "tak kenal maka tak cinta" hahaha. Diaorg semua sempoi je. Lagi pun aku layan depa macam member dan yang penting kena jujur. Walaupun cikgu lain byk complain pasai depa, aku buat tak hirau. People can say anything, but as long as I have a great relationship with you it doesn't even matter. Setakat ni aku tak pernah ada niat lagi nak marah depa sebab taknak diaorg stress. 

    Lepas tu 4SP1 kelas last sekali aku masuk untuk buat ice breaking. Tengok muka separuh macam skema pun ada haha tp bila dah kenal semua gila gila boleh masuk kepala. 

    Rasanya cukuplah tu intro aku bagi untuk Karte 1. Harap harap ada la masa nak sambung tulis Karte 2 dan seterusnya. Hahaha kbaiiii.


    Hari first intern. Perasaan tak menentu. Undescribed awkwardness.

    Labels: