Counting Stars


Disclaimer
Assalamualaikum


Hai! This is izz's territory. Thanks for visiting here. Have a nice day people ;)

Notes
Reminder muehehe~~

  • I hate liars
  • Universal listener to some extend
  • The only daughter of da family

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    “You've gotta dance like there's nobody watching, Love like you'll never be hurt, Sing like there's nobody listening, And live like it's heaven on earth.”
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Sweetheart
    Some memories never fade

  • Intern Karte 2
    Friday, August 21, 2015 | 0 Comments

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam Melaka negeriku sayang. Negeri bandar teknologi hijau yada yada maju fasa 2 hahahha. Panjang nau penat aku nak menaip.



    Banyak gila benda yg jadi minggu ni. Dengan Pertandingan Inovasi peringkat zon di mana sekolah aku jd tuan rumah. Dengan nak menghabiskan silibus biology lagi. Dan hari ni tetiba kena buat amali ha ha ha. Isnin hari tu dah buat amali lain.

    Setelah di awal minggu gua bertungkus lumus menghabiskan silibus dan buat amali. Gua dibusy kan lagi dgn event hari Rabu. Kali ni jadi ajk buku program. Nothing much, just kena rezo buku program beratus lepas tu stapler n bagi dekat ajk pendaftaran. Haha tp aku ada side job lain. Untuk pertandingan inovasi kali ni aku kena jadi emcee for (KIK) ataupun kumpulan inovasi kreatif punya kategori.

    Dia punya format memg leceh gila dgn kena pakai Pareto Principle la yada yada mereput aku nak menunggu habis pertandingan. Sebelum mula pukul 9 tu sempat lg aku dgn student pi pasar melaka yg dekat MC tu ha apa entah nama pasar tu. Pergi sebab nak beli ais dengan fruits sbb bebudak SP nak buat jualan n tambah item meniaga selain air, kek batik n etc.

    Lepas tu sampai je sekolah aku terus pergi kawasan pertandingan dekat bilik Al-biruni. Buat sound check pastu hakim pun sampai. Mereput berapa jam aku jd emcee penatnya lahaiiiii.

    Selesai dah part hari Rabu. Pagi Khamis dah serabai buat filing panitia dgn kelab sebab org PPD nak check hahahah. Yg bestnya habis je kemas tu guru pembimbing saya belanja makannnnn yeayyy. Sebenarnya ada benda lain jadi masa hari Khamis tu nanti lah aku cerita dekat Karte lain.

    Hari Jumaat pulak patutnya aku takde kelas. Tapi kena relief kelas 4SP2 lepas tu kena buat amali cantuman mata tunas. Kebetulan pulak kelas 4SP1 pun ada amali jugak. Agak berkecamuk la jugak next time aku nak elak la kelas gabung ape benda ni tak selesa.

    Lagipun 4SP1 aku ajar subjek biologi so bila depa nampak aku dgn bebudak 4SP2 ada la segelintir yg cakap camni, "cikgu sayang 4SP2 ke kitaorg?" "Mesti cikgu sayang 4SP2 kan *dgn muka sedih*" "Siapa lagi baik/best? 4SP1 ke 4SP2?". 

    Sayang sayang ku sekalian. Tahukah kamu bahawa kasih sayang cikgu bg sama rata. Cikgu tak suka bandingkan student. Semua cikgu sayanggggg pandai ke cepat pikap ke lambat ke, nakal, baik, bising, pendiam cikgu tak kisah. As long as you love me haha drama gila. Dan selagi awak semua respect saya :)

    And I have these few students yang aku tak mengajar kelas depa biologi pun tapi diaorg dtg bilik guru nak tanya soalan. Rasa macam terharu n tak kisah pun bila depa cakap nak dtg tanya lg kalau tak faham pape. Rasa mcm happy gila dpt share ilmu.

    Being a teacher ain't easy. Kena banyak sabar. Banyak benda aku belajar dan rasa sgt bertuah sbb disayangi oleh student. Sungguh la bila prof cakap yg "mendidik tu suatu pekerjaan yg mulia".



    Moga intern tamat dengan jayanya dan baik baik saja. Rabbuna yusahhil :)

    Labels: